TAIPING – Kerajaan negeri Perak masih menunggu laporan terkini daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) susulan kejadian gempa bumi lemah yang dikesan di kawasan Temengor, Gerik, Jumaat lalu.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, pemantauan akan terus dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai punca serta perkembangan aktiviti pergerakan bawah tanah di kawasan berkenaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





