MGPerak: PTG Perak Tambah Baik Proses Pendaftaran Tapak Surau, Masjid

60

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak menambah baik proses bagi mempercepatkan penyediaan Pelan Warta, termasuk terhadap urusan pendaftaran tapak surau dan masjid baharu di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penambahbaikan itu melibatkan keperluan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) menghantar permohonan ukur kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi penyediaan Pelan Warta.

Menurutnya, bagi pelan kelulusan perizaban oleh pihak berkuasa negeri yang telah mempunyai Pelan Akui (PA) serta nombor lot yang diperuntukkan Pengarah Ukur, permintaan ukur tidak lagi perlu dikemukakan kepada JUPEM. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #PejabatTanahdanGalian #tapaksuraumasjid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini