Ibu bapa perlu maklum sekolah jika anak tidak hadir ketika jerebu – Kah Woh

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya keadaan jerebu menjadi serius, namun mereka perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah berhubung ketidakhadiran berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kelonggaran itu diberikan dengan mengambil kira kebimbangan ibu bapa terhadap kesihatan anak-anak, khususnya mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Menurutnya, tidak timbul isu sama ada terdapat pihak yang mahu mengambil kesempatan atau sebaliknya memandangkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedia ada berkaitan jerebu adalah amat jelas.

“Kebimbangan tersebut kita ambil kira dan kita berikan satu penyelesaian seperti yang dinyatakan oleh Menteri (Pendidikan).

“Sekiranya ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah apabila keadaan jerebu menjadi serius mereka dibenarkan berbuat demikian untuk satu atau dua hari atau bagi tempoh tertentu namun, perkara tersebut perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah.

“Kami amat yakin bahawa ibu bapa mampu membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak mereka,“ katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Taiping di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, Datuk A Sivanesan.

Kah Woh berkata, berdasarkan garis panduan ditetapkan, semua aktiviti luar bilik darjah akan dihentikan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Katanya, langkah berkenaan pernah dilaksanakan ketika fenomena jerebu melanda Sarawak dan dibuat berdasarkan garis panduan sedia ada.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa garis panduan menangani cuaca panas adalah berbeza dan tidak boleh disamakan dengan tindakan berdasarkan bacaan IPU.

“Cuaca panas tidak ada kaitan dengan bacaan IPU dan sebagainya. Kita mempunyai garis panduan berkenaan cuaca panas, termasuk perkara berkaitan pemakaian uniform,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jerebu: Kerajaan, Sarawak bincang langkah keselamatan segera – Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI