MGPerak: 159 Pelajar, Kakitangan Sekolah Berasrama Alami Keracunan Makanan

53

TAIPING – Seramai 159 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah berasrama di daerah Lenggong mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu program pada Rabu lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, Datuk A Sivanesan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak telah menerima laporan kejadian itu daripada Klinik Kesihatan (KK) Lenggong, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal di lapangan mendapati seramai 159 orang mangsa berusia antara 13 hingga 52 tahun mengalami gejala berkaitan keracunan makanan. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini