Para SUKMA 2026: Prestasi kontinjen Perak membanggakan, lepas sasaran emas

IPOH – Kontinjen Perak mencatat pencapaian membanggakan pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas berjaya meraih 16 pingat emas, sekali gus melepasi sasaran awal kutipan emas yang ditetapkan kerajaan negeri.

Pencapaian itu turut menyaksikan Perak mengumpul 25 pingat perak dan 23 gangsa untuk menduduki tempat kelima terbaik keseluruhan pada temasya sukan yang berlangsung dari 5 hingga 10 September lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kejayaan tersebut membuktikan prestasi atlet para negeri dalam temasya berkenaan berada pada tahap yang terbaik.

“Syabas dan tahniah kepada kontinjen Para SUKMA negeri Perak yang berjaya memperoleh 16 pingat emas, sedangkan sasaran awal adalah 15 emas.

“Daripada 10 acara Para SUKMA yang kita sertai, semua sukan berjaya memperoleh pingat, tidak kira emas, perak atau gangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kejohanan Terbuka Skuasy Remaja Kinta Peringkat Kebangsaan 2026 di Arena Skuasy Perak, di sini pada Sabtu.

Para SUKMA Perak Keyphrase synonyms: kontinjen Para SUKMA Perak, atlet Para SUKMA Perak, pasukan Para SUKMA Perak, kontinjen para Perak Related keyphrase: Para SUKMA Selangor 2026 pingat emas Para SUKMA pencapaian Para SUKMA Perak kontinjen Perak Para SUKMA 2026 sasaran emas Para SUKMA Perak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah ketika sesi bergambar pada Majlis Penutup Kejohanan Terbuka Skuasy Remaja Kinta Peringkat Kebangsaan 2026 di Arena Skuasy Perak, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 SEPTEMBER 2026.

Menurut beliau, pencapaian itu lebih bermakna apabila atlet para negeri tetap bersemangat untuk memberikan prestasi terbaik meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk situas jerebu sepanjang temasya berlangsung.

“Ini merupakan satu pencapaian yang cukup baik dan saya lihat kontinjen Para SUKMA kita telah menunjukkan prestasi yang baik walaupun apa berlaku, ia tidak melunturkan mereka untuk mendapat pencapaian yang baik,” ujarnya.

Tambah beliau, justeru itu pemberian insentif kepada atlet Para SUKMA negeri yang berjaya memperoleh pingat akan dilaksanakan bersama penyerahan insentif untuk atlet SUKMA sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian mereka.

“Kerajaan negeri tidak membezakan antara atlet SUKMA dan Para SUKMA dan insya-Allah insentif-insentif kepada atlet yang berjaya memperoleh pingat itu akan kita laksanakan bersama sekali dengan insentif untuk atlet-atlet SUKMA yang berjaya mendapat pingat.

“Kita akan buat penyelarasan dan sebagainya dan insya-Allah kita akan buat dalam waktu yang akan dimaklumkan nanti,” katanya lagi.

10 sukan yang disertai kontinjen Para SUKMA negeri adalah olahraga, ping pong, catur, boling padang, badminton, angkat berat, boccia, tenpin boling, memanah dan renang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SUKMA Selangor: Wa Sern sumbang emas ketujuh Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI