‘Hanya berani cakap, tetapi tidak buat’ – Kamil Munim

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan sebahagian pemimpin kerajaan yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyerang kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak kebelakangan ini.

Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tidak dinafikan terdapat pihak yang dilihat cuba menimbulkan gambaran ketidakstabilan politik bagi memenuhi kepentingan pimpinan dalam parti tertentu.

Walau bagaimanapun ujar beliau, perkara sedemikian merupakan perkara biasa dalam perbahasan politik, namun ia tidak mencerminkan realiti situasi sebenar dalam pentadbiran negara.

“Yang kita dengar ucapan-ucapan yang seolah-olah memberikan gambaran bahawa keadaan itu tidak stabil, tidak kukuh dan sebagainya, itu adalah kenyataan-kenyataan politik biasa.

“Saya tidak nafikan ada percubaan kelompok tertentu yang memang sengaja untuk mewujudkan keadaan ketidakstabilan politik ini bagi memenuhi kepentingan dan kehendak kelompok pimpinan tertentu yang ada dalam parti mereka,” katanya.

Kamil Munim Keyphrase synonyms: Muhammad Kamil Abdul Munim, Ketua AMK, Kamil Munim AMK, Angkatan Muda Keadilan, AMK Related keyphrases (5): AMK serang kerajaan kestabilan politik Malaysia serangan terhadap Anwar Ibrahim pemimpin kerajaan serang Anwar desakan PRU
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim bergambar bersama wakil penerima sumbangan pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Peruntukan Perdana Menteri kepada pelbagai NGO Perak di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta di Tanjung Rambutan. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 SEPTEMBER 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Peruntukan Perdana Menteri kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak di sini, pada Khamis.

Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri berkata, AMK mahu kestabilan politik negara terus terpelihara bagi menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tegas beliau, ini kerana kestabilan politik menjadi asas penting dalam membolehkan dasar serta perancangan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan untuk manfaat rakyat.

Mengulas lanjut tentang dakwaan serangan politik kepada Anwar, Muhammad Kamil secara sinis berkata, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin yang benar-benar menjalankan tugas berbanding mereka yang lebih banyak bermain politik.

“Setengah orang berani cakap sahaja, tetapi tidak berani buat. Itu kita kena nilai pimpinan yang mana yang bekerja dan mana yang nak bermain politik. Saya ingat rakyat boleh buat penilaian dengan baik,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kenyataan berbeza berkaitan desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU), beliau berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Itu kena tanya orang itu. Pagi cakap lain, malam cakap lain. Pening ‘gamaknya’ (agaknya),” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tolak politik usang, fokus bina negara 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI