Tiga maut, sembilan cedera kemalangan libat 12 motosikal, tiga kereta

IPOH – Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam jam 3.35 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua kenderaan terbabit sedang bergerak dari arah Meru menghala ke Tambun sebelum terlibat dalam kemalangan di lokasi kejadian.

“Dua penunggang motosikal lelaki masing-masing berusia 19 dan 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga maut, sembilan cedera kemalangan libat 12 motosikal, tiga kereta
Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, Ipoh awal pagi ini.
Foto Media Sosial

“Sembilan lagi penunggang motosikal lelaki berusia antara 19 hingga 25 tahun mengalami kecederaan yang belum dikenal pasti dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

“Seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang merupakan penunggang motosikal dan menerima rawatan di HRPB kemudiannya disahkan meninggal dunia di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia seramai tiga orang, manakala sembilan lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata ketiga-tiga pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tiga maut, sembilan cedera kemalangan libat 12 motosikal, tiga kereta
Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, Ipoh awal pagi ini.
Foto Media Sosial

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian seseorang

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan urutan sebenar kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh,” katanya.

Muhammad Najib turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengawal kelajuan kenderaan dan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua maut, seorang cedera nahas dua lori di Simpang Pulai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI