Sememangnya sinonim dengan ayam garam yang cukup terkenal khususnya dalam kalangan masyarakat Cina serta menjadi antara hidangan ikonik pilihan pelancong.
Kini, hidangan itu boleh dinikmati tanpa waswas apabila Kafe E-kor secara rasmi menerima pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Ogos lalu.
Pengasas Kafe E-kor, Lim Dao Kang, 38, berkata, pensijilan berkenaan secara tidak langsung memberi pilihan baharu kepada pelanggan, khususnya mereka yang sebelum ini mungkin sukar mendapatkan hidangan ayam garam yang disahkan halal. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #ayamgaram #Ekor #halal





