JPV, PGA gagalkan cubaan pindah 63 lembu tanpa kebenaran

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak berjaya menggagalkan cubaan memindahkan 63 ekor lembu hidup tanpa kebenaran menggunakan lori dari Kelantan ke Lembah Klang melalui laluan Cameron Highlands.

Timbalan Pengarah JPV Perak, Dr Rohaiza Yahaya berkata, operasi bersepadu itu turut melibatkan kerjasama anggota dari Cawangan Risik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta.

Menurutnya, operasi tersebut dilaksanakan selepas pihaknya menjalankan risikan hampir seminggu sebelum pasukan penguat kuasa mengesan dan menahan sebuah kenderaan yang dipercayai membawa ternakan berkenaan.

“Kenderaan terbabit ditahan antara jam 1 hingga 2 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan antara Simpang Pulai dan Bidor.

“Pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bagi pemindahan ternakan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bahagian belakang kenderaan ditutup sepenuhnya menggunakan kanvas, dipercayai bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, hasil risikan dan tindakan pantas pasukan penguat kuasa berjaya mengesan serta menahan kenderaan terbabit sebelum ternakan berkenaan tiba di destinasi,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000 jika sabit kesalahan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PGA rampas kambing, lembu seludup bernilai lebih RM600,000 di Gerik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI