IPOH – Keputusan menyertai Perak Bison membuka lembaran baharu buat pemain apit kiri kebangsaan, Amirul Zazwan Amir atau Ayong, yang memberanikan diri keluar dari zon selesa untuk menghadapi saingan Liga Sepak Takraw (STL).
Perpindahan itu menyaksikan Amirul Zazwan buat pertama kali dalam kariernya menyarung jersi pasukan selain Kuala Lumpur (KL) Thunder selepas sekian lama setia beraksi bersama pasukan berkenaan.
Kehadirannya dalam skuad Perak Bison adalah bagi mengisi kekosongan posisi apit kiri yang ditinggalkan Aidil Aiman Azwawi, yang berhijrah ke Terengganu Turtles. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





