Sultan Nazrin rasmi bangunan baharu IPD Muallim

TANJUNG MALIM – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, di sini, pada Selasa

Turut berangkat ke majlis perasmian, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail serta, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan lafaz dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

Terdahulu baginda berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota polis lain-lain pangkat, sebelum berkenan menyaksikan persembahan pentomin.

Persembahan itu yang menceritakan kisah bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang meninggal dunia akibat ditembak pengganas komunis di Ipoh pada November 1975.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudian berkenaan berangkat melawat ke ruang pameran dan disusuli majlis santapan.

Ketika menyampaikan sembah ucapan, Shamsul Anuar berkata, projek pembangunan kompleks IPD Muallim di atas tapak seluas 11.40 hektar itu dimulakan pada 27 Disember 2017 dengan menelan belanja sebanyak RM85 juta.

Beliau berkata, pembangunan projek yang siap sepenuhnya pada 30 Jun 2025 itu diserahkan daripada Kementerian Kerja Raya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Oktober tahun sama bagi pentadbiran dan operasi keselamatan di seluruh Daerah Muallim.

“Perkembangan pesat daerah Muallim yang merangkumi Tanjung Malim, Slim River, Behrang, Trolak, dan Proton City menuntut kesiapsiagaan pasukan polis yang jauh lebih dinamik.

“Selaras dengan pengisytiharan Daerah Muallim sedekad yang lalu, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk membangunkan kompleks IPD Muallim yang moden bagi menyokong tanggungjawab PDRM yang kian besar,” katanya. – MG PERAK

Artikel Berkaitan:

Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando perkukuh keselamatan negara – Saifuddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI