MGPerak: Pasar Buntong Berusia Lebih 70 Tahun Bakal Dinaik Taraf

2

IPOH – Perancangan menaik taraf Pasar Buntong yang berusia lebih 70 tahun menjadi tumpuan bagi memastikan premis tersebut lebih bersih, selesa dan moden tanpa mengetepikan nilai sejarah serta warisan kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, M Thulsi berkata, pembangunan pasar itu perlu diberi keutamaan berikutan keadaan fizikalnya yang semakin tidak sesuai untuk menampung keperluan peniaga dan pengunjung.

Menurutnya, pasar berkenaan berkembang secara berperingkat sejak puluhan tahun lalu dan bukannya dibina berdasarkan perancangan serta reka bentuk khusus sebagai sebuah pasar awam. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini