MGPerak: PPKMP Bincang Dengan PBT Seragam Kadar Lesen Tahunan Penjaja

111

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Negeri Perak (PPKMP) sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengkaji semula dan menyeragamkan kadar bayaran lesen tahunan penjaja di negeri ini.

Presidennya, Alfirzamunira Abdul Muin berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan PBT bagi membincangkan cadangan pengurangan kadar lesen berikutan aduan yang diterima daripada ahli persatuan.

Menurutnya, kadar lesen tahunan penjaja ketika ini berbeza mengikut PBT, iaitu antara RM170 hingga RM400. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #PersatuanPenjajadanPeniagaKecilMelayuPerkasaNegeriPerak #PPKMP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini