Dua lelaki maut dihanyutkan arus deras ketika mandi sungai

IPOH – Dua lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai dekat Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan, di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Razani Wan Yahaya, 42, dan Rishi Masdi Zaidi, 50, yang berasal dari Selangor.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan membawa keluar mangsa.

“Jentera bomba tiba di lokasi sekitar jam 3.28 petang sebelum anggota terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 600 meter melalui trek hutan untuk sampai ke kawasan kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati dua lelaki berada di tepi sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Ketua operasi menjalankan penilaian situasi dan mengarahkan anggota memakai peranti apungan peribadi (PFD) sebelum kedua-dua mangsa diangkat menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa keluar dari seberang sungai sebelum diserahkan kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan dan pengesahan kematian.

“Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan perasi tamat sepenuhnya pada jam 5 petang,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki terjun ke Sungai Perak cuba selamatkan bot hanyut ditemukan lemas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI