Perak melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk tiga program utama bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 negeri membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, program berkenaan ialah Jelajah Nyalaan Bara Api (JNBA), Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (T.R.A.S) dan YP Smart Target.
Katanya, pelaksanaan ketiga-tiga program itu merupakan kerjasama yang dilaksanakan antara Yayasan Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran serta keyakinan pelajar. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #majlisapresiasipenggerakkecemerlanganSPM





