‘Orange Run 2026’ platform tingkat kesedaran, hentikan keganasan terhadap wanita

IPOH – Penganjuran Orange Run 2026 menjadi wadah untuk memperluas kesedaran masyarakat mengenai kepentingan membanteras keganasan terhadap wanita menerusi penglibatan semua pihak, bukan hanya kerajaan atau agensi penguatkuasaan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, isu keganasan bukan sahaja memberi kesan kepada wanita sebagai mangsa, malah turut menjejaskan ahli keluarga.

Menurutnya, meskipun keganasan rumah tangga sering dikaitkan dengan wanita, kes keganasan terhadap lelaki juga tidak boleh diketepikan.

“Dewasa ini kita banyak mendengar kes-kes yang melibatkan wanita dan keganasan ini bukan sahaja hanya kepada wanita, sebenarnya juga kepada ahli keluarga.

'Orange Run 2026' platform tingkat kesedaran, hentikan keganasan terhadap wanita
Suasana meriah dengan pelbagai aksi peserta pada Program Orange Run 2026 sempena Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OKTOBER 2026.

“Apabila keganasan secara individu ataupun keganasan rumah tangga yang memang memberi fokus kepada wanita, dan saya tidak nafikan ada juga sekarang ini keganasan yang kita dengar kepada lelaki.

“Tetapi lumrah mengetahui wanita itu bersifat lemah dan itu yang diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan keganasan.

“Program pada hari ini untuk menunjukkan tanda solidariti yang kita tidak suka keganasan terutamanya kepada wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Orange Run 2026 sempena Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

'Orange Run 2026' platform tingkat kesedaran, hentikan keganasan terhadap wanita
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed (dua, kiri) ketika sesi bergambar pada Program Orange Run 2026 sempena Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OKTOBER 2026.

Hadir sama, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria.

Lebih 700 peserta daripada pelbagai peringkat umur menyertai acara larian berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha membanteras keganasan terhadap wanita.

Selain itu, beberapa reruai yang disediakan oleh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut memeriahkan program berkenaan menerusi penyertaan serta perkongsian maklumat berkaitan isu keganasan dan kesedaran masyarakat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Keganasan rumah tangga bukan sekadar penderaan fizikal, lelaki turut jadi mangsa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI