IPOH – Penganjuran Orange Run 2026 menjadi wadah untuk memperluas kesedaran masyarakat mengenai kepentingan membanteras keganasan terhadap wanita menerusi penglibatan semua pihak, bukan hanya kerajaan atau agensi penguatkuasaan.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, isu keganasan bukan sahaja memberi kesan kepada wanita sebagai mangsa, malah turut menjejaskan ahli keluarga.
Menurutnya, meskipun keganasan rumah tangga sering dikaitkan dengan wanita, kes keganasan terhadap lelaki juga tidak boleh diketepikan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





