Noor Azuan dilantik semula sebagai Naib Canselor UM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaya bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai hari ini, 5 November 2026.

Universiti Malaya dalam kenyataannya berkata, pelanjutan pelantikan itu mencerminkan keyakinan terhadap kepimpinan beliau dalam memacu kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan universiti.

Ia sekali gus memperkukuh kedudukan UM sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka di peringkat global.

“Seluruh warga Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan komited untuk terus mendukung aspirasi serta hala tuju strategik universiti ke arah kecemerlangan yang berterusan,” kata kenyataan itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI