MGPerak: Mahu Pegang Kaki Ibu Pada Deepavali, Tekad Tinggalkan Kehidupan Silam

3

Kerinduan untuk bersama dengan keluarga antara perkara yang amat dinantikan 58 bekas banduan yang menerima perkenan pengampunan dan pembebasan awal Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-70, pada Jumaat.

Lebih bermakna, pembebasan itu membolehkan mereka kembali ke pangkuan keluarga untuk menyambut Deepavali yang bakal diraikan Ahad ini, selepas beberapa tahun terpaksa merayakan pesta cahaya di sebalik tirai besi.

Bagi Thilagan, 36, yang sudah tiga tahun tidak menyambut Deepavali bersama keluarga, peluang pulang ke rumah di Teluk Intan membawa kegembiraan berganda apabila dapat meraikan ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-73 pada Ahad. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #SultanPerak #bekasbanduan #pengampunandanpembebasanawalbanduan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini