Banjir Perak: PPS baharu dibuka di Teluk Intan, 172 mangsa dipindahkan

TELUK INTAN – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir dibuka di Hilir Perak iaitu di Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, pada Jumaat malam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi satu kenyataan berkata, PPS yang mula dibuka pada jam 10 malam itu menempatkan 35 mangsa daripada 11 keluarga, setakat jam 8 pagi Sabtu.

Katanya, kesemua mereka dari kawasan yang terjejas banjir iaitu Kampung Batu 9 Changkat Jong, Kampung Batu 8 Changkat Jong serta Felcra Kampung Batu 7 ½ Jalan Changkat Jong.

“Sementara itu seramai 137 mangsa dari 40 keluarga terjejas banjir di daerah sama berlindung di PPS di Dewan MPTI Langkap.

“Kesemua mereka dari Kampung Batu 9 Changkat Jong, Kampung Batu 11 ½ Jalan Bidor, Kampung Batu 8 Changkat Jong dan Felcra Kampung Batu 7 ½ Jalan Changkat Jong,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, pembukaan sebuah PPS itu menjadikan jumlah mangsa banjir di Perak adalah seramai 172 orang.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dalam kenyataan sama memberitahu, paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dan Stor JPS Teluk Intan (RHN) telah melepasi paras merbahaya dengan masing-masing berada pada paras 3.58 dan 4.94 meter.

“Sungai Kinta di Tanjung Tualang mencatatkan bacaan amaran 12.25 meter berbanding bacaan normal 10.00 meter,” katanya.

Menurutnya lagi, paras air di Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang dan Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah pula merekodkan bacaan waspada masing-masing pada 22.06 meter dan 9.02 meter. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

83 mangsa banjir di Teluk Intan dipindahkan ke PPS Dewan MPTI Langkap

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI