TAPAH – Kerajaan Negeri Perak berhasrat menganjurkan Karnival Sukan Anak Muda Orang Asli pada tahun depan sebagai usaha mencungkil dan mengembangkan bakat sukan dalam kalangan generasi muda masyarakat itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penganjuran karnival berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada sukan bola sepak, sebaliknya turut merangkumi pelbagai acara lain antaranya badminton, sepak takraw dan bola tampar.
Menurutnya, inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada anak muda Orang Asli mengembangkan potensi masing-masing sehingga mampu mewakili negeri dan negara dalam pertandingan sukan di peringkat lebih tinggi. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





