IPOH – Perniagaan kacang putih yang diwarisi sejak tiga generasi terus menjadi sumber rezeki PKH Enterprise berjaya bertahan lebih 30 tahun dalam industri makanan ringan tradisional di sini.
Produk keluaran syarikat itu juga memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pelanggan beragama Islam untuk menikmati kacang putih tanpa rasa was-was.
Pemilik PKH Enterprise, K Ponnuthurai, 57, berkata, sejarah perniagaan itu bermula daripada usaha bapanya yang membantu bapa saudaranya selepas dibawa dari India sebelum diwariskan kepadanya dan kini legasi disambung oleh anaknya. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





