Wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik air

IPOH – Pasukan bomba memberikan bantuan bagi membuka pintu di sebuah rumah yang berkunci selepas dilaporkan terdapat seorang wanita warga emas tidak sedarkan diri dalam bilik air rumahnya di Lengkok Kampar, Taman Kampar di sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.32 tengah hari.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati pintu jeriji besi di hadapan rumah berkenaan berada dalam keadaan berkunci.

“Anggota kemudian bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas iaitu alat pecah masuk (PRT) ram bar dan power saw dan menemui seorang wanita warga emas berusia 83 tahun yang kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.08 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat wanita warga asing ditemukan dalam sungai di Bidor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI