Peningkatan kes Covid-19 tidak jejas Tahun Melawat Perak 2024

IPOH – Kerajaan negeri yakin kempen pelancongan Tahun Melawat Perak 2024 tidak akan terjejas susulan peningkatan kes Covid-19 dalam negara ketika ini.

Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, beliau yakin Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan pelbagai usaha dalam membendung wabak berkenaan daripada terus menular.

Katanya, setakat ini juga tiada keresahan melampau dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara susulan daripada perkembangan itu.

covid-19 tahun melawat perak pelancongan perak covid-19 tahun melawat perak pelancongan perak covid-19 tahun melawat perak pelancongan perak
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee pada sesi sidang media pada program Pelancaran Laman Web “Perak GoGoGo” dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Pelancongan 2023 di Bangunan Perak Darul RIdzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2023.

“Walaupun ada yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka, tidak berdiri terlalu dekat dengan orang lain dan sebagainya, namun tiada kerisauan dalam kalangan pelancong terhadap Covid-19.

“Selain itu, saya juga percaya semua pelancong, bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara juga, telah mengambil suntikan vaksin Covid-19 masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Laman Sesawang Pelancongan Negeri berbahasa Cina, ‘Perak GoGoGo’, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Program bersempena dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024 itu turut dihadiri, Pengurus Besar Tourism Perak, Zuraida Md Taib.

covid-19 tahun melawat perak pelancongan perak covid-19 tahun melawat perak pelancongan perak covid-19 tahun melawat perak pelancongan perak
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee hadir pada program Pelancaran Laman Web “Perak GoGoGo” dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Pelancongan 2023 di Bangunan Perak Darul RIdzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2023.

Bagi memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024, sebanyak 120 acara dise­naraikan dalam kalendar pelancongan merangkumi aktiviti peringkat daerah, negeri dan antarabangsa yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan.

Dalam pada itu, Sze Yee berkata, kerajaan negeri akan terus mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dalam membendung penularan Covid-19 di kawasan-kawasan tumpuan pelancong.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata kes jangkitan COVID-19 dalam negara ini masih terkawal yang mana kebanyakan kes jangkitan virus itu hanya mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Artikel berkaitan: https://malaysiagazette.com/2023/12/29/jangkitan-covid-19-di-malaysia-terkawal/

Menurutnya, dari 17 hingga 23 Disember 2023, kadar kemasukan pesakit yang menghidap wabak berkenaan di hospital adalah pada 0.5 peratus dengan kadar kematian 0.08 peratus.

Pada 23 Disember media melaporkan, kes COVID-19 bagi meningkat 29.5 peratus iaitu kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak jangka lebih 20,000 pengunjung hadir pelancaran TMP 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI