Seramai 205 pesawah di Kerian mengalami kerugian berjumlah RM259,734 selepas kawasan penanaman padi seluas 296.5 hektar milik mereka terjejas akibat banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL).
Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman berkata, Jabatan Pertanian Negeri Perak sedang menjalankan bancian bagi mengenal pasti jumlah keseluruhan kawasan tanaman padi dan pesawah yang terjejas akibat bencana itu. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #MTL #PesawahPerak





