160 pelajar IPT Padang Rengas terima komputer riba, wang tunai

PADANG RENGAS – Seramai 160 pelajar dalam Parlimen Padang Rengas yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) menerima bantuan wang tunai dan komputer riba.

Setiauasaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim berkata, bantuan berkenaan sebagai usaha meringankan beban golongan berkenaan yang berasal dari keluarga B40.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan seramai 100 pelajar menerima bantuan berupa komputer riba sumbangan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) manakala 60 lagi berupa wang tunai.

“Alhamdulillah seperti rutin biasa kia buat hari bertemu komuniti dan kesempatan ini saya ambil untuk memberi sumbangan kepada 160 pelajar yang Berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam dan swasta.

“Ia sebagai insentif meraikan kejayaan mereka dan mudah-mudahan dengan pemberian ini dapat memberi kelegaan, meringankan beban mereka yang sedang melanjutkan pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Komuniti dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Pelajar di Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas, di sini, pada Sabtu.

Ditanya mengenai sumbangan yang sering dimohon penunut IPT dari Parlimen Padang Rengas, Muhammad Kamil berkata, kebiasaannya berbentuk wang tunai.

Jelasnya, ia bertujuan untuk membeli peralatan seperti alat tulis buku dan barangan elektronik bagi kegunaan pembelajaran. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI