MGPerak: Belanjawan Perak 2027: Rakyat Mohon Tambah Laluan, Tingkat Kekerapan Bas Perak Sejahtera

60

KUALA KANGSAR – Penambahan laluan serta peningkatan kekerapan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera, khususnya di kawasan luar bandar, menjadi antara harapan rakyat, terutama golongan warga emas agar diberikan perhatian oleh kerajaan negeri menerusi Belanjawan Perak 2027 yang bakal dibentangkan Selasa depan.

Kemudahan pengangkutan awam dengan tambang serendah RM1 sehala itu dilihat mampu meringankan beban kos perjalanan penduduk, terutama golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pelajar yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk melakukan urusan harian. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini