Laluan Bas Perak Sejahtera ditambah, peruntukan meningkat RM4.4 juta

IPOH – Keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan rakyat, khususnya golongan yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam, membuktikan suara pengguna Bas Perak Sejahtera terus diberi perhatian dalam usaha memastikan kemudahan tersebut dapat dinikmati secara berterusan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4.4 juta bagi Program Bas Perak Sejahtera, meningkat RM780,000 berbanding tahun sebelumnya bagi memudahkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk mencari rezeki, mendapatkan rawatan di hospital serta menghantar anak-anak ke sekolah.

“Perkhidmatan ini akan diperluas ke Hulu Perak dengan penambahan tiga laluan baharu, menjadikan keseluruhannya 16 laluan berbanding 13 laluan ketika ini dengan jumlah penumpang bulanan disasarkan meningkat daripada 12,900 kepada 17,900 orang,“ jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2027 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi meringankan beban bil utiliti rakyat, beliau berkata, kerajaan negeri menerusi Lembaga Air Perak (LAP) telah menyediakan peruntukan RM41.13 juta bagi meneruskan pemberian rebat dan subsidi air pada tahun 2027.

“Daripada jumlah tersebut RM38 juta diperuntukkan untuk pemberian rebat RM4 sebulan kepada semua pengguna akaun domestik LAP dan RM3 juta bagi meneruskan subsidi air percuma sebanyak 25 meter padu sebulan kepada golongan miskin dan termiskin yang layak.

“Sebanyak RM130,000 pula disediakan bagi meneruskan subsidi air kepada rumah ibadat berdaftar di Perak, melibatkan penggunaan sehingga 20 meter padu sebulan,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2027: Rakyat mohon tambah laluan, tingkat kekerapan Bas Perak Sejahtera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI