IPOH – Kerajaan Perak memperuntukkan lebih daripada RM71 juta bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri meliputi sektor pertanian, penternakan dan perikanan menerusi Belanjawan Negeri 2027.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan itu merangkumi usaha menjamin bekalan sumber protein dan memperkukuh daya saing industri agromakanan negeri.
Katanya, sektor pertanian menerima peruntukan sebanyak RM42.39 juta, termasuk RM33.19 juta bagi belanja mengurus Jabatan Pertanian Negeri Perak dan RM8 juta untuk belanja pembangunan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030





