SUNGAI SIPUT – Lebih 2,000 peserta dijangka menyertai acara larian amal Relay For Life Malaysia 2026 Perak sejauh lima kilometer di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu, di sini pada 29 November ini.
Program anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Misrah Malaysia itu turut mendapat perkenan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim untuk berangkat menyempurnakan majlis perasmian pada pukul 9.15 pagi.
Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Misrah Malaysia, Mohd Shaiful Anuar Ahmad Jalalludin berkata, acara berkenaan bukan sekadar aktiviti berjalan kaki atau berlari, sebaliknya menjadi simbol sokongan moral dan keprihatinan masyarakat terhadap pesakit kanser serta keluarga mereka. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





