TVET Modular Industri: 86 peratus peserta berjaya mendapat pekerjaan

LENGGONG – Seramai 4,617 daripada 5,332 peserta yang mengikuti Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Modular Industri anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berjaya mendapat penempatan pekerjaan.

Pengarah PASAK, Aldrin Ng berkata, pencapaian pendapatan pekerjaan pada kadar 86.59 peratus itu direkodkan menerusi pelaksanaan 289 program latihan kemahiran yang dijalankan oleh agensi berkenaan setakat ini.

Katanya, program TVET PASAK lebih tertumpu kepada kursus jangka pendek bagi memberikan pendedahan kepada peserta selain mengenal pasti bakat dan potensi mereka dalam bidang kemahiran tertentu.

TVET Modular Industri PASAK: 86.59 Peratus Peserta Dapat Kerja Focus keyphrase: TVET Modular Industri PASAK Keyphrase synonyms: - Program TVET PASAK - Latihan kemahiran PASAK Perak - Program TVET Modular Industri Perak - Kursus kemahiran PASAK - Program latihan TVET Perak Related keyphrases (5): 1. 86.59 peratus peserta TVET mendapat pekerjaan 2. Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) 3. Program latihan kemahiran Perak 4. 120 institusi TVET Perak 5. Peruntukan TVET Perak 2027
Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Aldrin Ng ketika temubual pada Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani @ Hulu Perak 2026 di Resort Tasik Raban, Lenggong, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 NOVEMBER 2027.

“Bagi peserta yang tidak ditempatkan dalam pekerjaan, bukan bermakna mereka tidak berjaya kerana ada yang memilih untuk menyambung pengajian atau menceburi bidang keusahawanan dengan membuka perniagaan sendiri.

“Contohnya, ada peserta yang mengikuti kursus urutan atau pembaikan kenderaan boleh menggunakan kemahiran diperoleh untuk menawarkan perkhidmatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah AIM TVET Bersama Cikgu Saarani, yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Resort Tasik Raban, di sini, pada Sabtu.

Pada program Saarani turut menjadi salah seorang panel bersama Pengarah Perikanan Perak, Tengku Balkis Tunku Shahar@Tengku Abdul Rashid pada sesi perkongsian berkaitan TVET akuakultur ‘Dari Kolam Cikgu Saarani’.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad melawat reruai pameran Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani @ Hulu Perak 2026 di Resort Tasik Raban, Lenggong, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 NOVEMBER 2027.

Mengulas lanjut, Aldrin berkata, antara kursus anjuran PASAK yang mendapat sambutan peserta termasuk pembaikan kenderaan, gunting rambut, urutan, bakeri serta kulinari.

Jelas beliau, Perak turut mempunyai kelebihan dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran menerusi kewujudan 120 institusi TVET yang menawarkan 698 kursus dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu beliau berkata, program Jelajah AIM TVET yang dimulakan di Tapah pada April tahun lalu kini memasuki siri ketujuh, termasuk dua penganjuran bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU).

Pelajar tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan video pendek pada Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani @ Hulu Perak 2026 di Resort Tasik Raban, Lenggong, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 NOVEMBER 2027.

Menurut Aldrin, program berkenaan merupakan siri ketiga bagi tahun ini selepas penganjuran di daerah Parit dan Stadium Indera Mulia sempena KAMU, baru-baru ini.

“Untuk tahun depan, kita merancang menambah jumlah penganjuran kepada lima sesi dengan memberi tumpuan kepada beberapa kawasan baharu termasuk utara Perak, Larut Matang dan Selama serta Hilir Perak.

“Bagaimanapun, lokasi dan perancangan terperinci masih dalam penelitian,” katanya.

TVET Modular Industri PASAK: 86.59 Peratus Peserta Dapat Kerja Focus keyphrase: TVET Modular Industri PASAK Keyphrase synonyms: - Program TVET PASAK - Latihan kemahiran PASAK Perak - Program TVET Modular Industri Perak - Kursus kemahiran PASAK - Program latihan TVET Perak Related keyphrases (5): 1. 86.59 peratus peserta TVET mendapat pekerjaan 2. Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) 3. Program latihan kemahiran Perak 4. 120 institusi TVET Perak 5. Peruntukan TVET Perak 2027
Perkhidmatan gunting rambut percuma pada Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani @ Hulu Perak 2026 di Resort Tasik Raban, Lenggong, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 NOVEMBER 2027.

Dalam perkembangan berkaitan, Aldrin berkata, pihaknya menyambut baik peruntukan RM7 juta bagi pelaksanaan program TVET menerusi Belanjawan Perak 2027 yang diumumkan Menteri Besar Perak.

Kata beliau, peruntukan itu akan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai program berkaitan TVET selain memastikan inisiatif pembangunan kerjaya dan pembinaan insan yang turut dikendalikan PASAK dapat diteruskan. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Perak terus bantu masyarakat India menerusi pendidikan, TVET

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI