TASPEN: Perak belanja RM6.47 juta kepada lebih 30,000 bayi baru lahir

IPOH – Kerajaan Negeri Perak telah membelanjakan kira-kira RM6.47 juta kepada 32,351 bayi baru lahir melalui program Tabung Simpanan Anak Perak (TASPEN) sejak ia dilancarkan pada tahun 2010.

Yayasan Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif sebahagian daripada Program Tuisyen Cikgu Saarani itu turut menyalurkan sebanyak RM0.6 juta kepada kira-kira 3,000 bayi baru lahir bagi tahun ini di negeri ini.

Katanya, melalui inisiatif berkenaan, sumbangan RM200 disumbangkan kepada setiap bayi baru lahir dalam bentuk simpanan pendidikan ke dalam akaun SSPN Prime sebagai usaha menggalakkan simpanan pendidikan bagi anak-anak kelahiran Perak.

Jelas kenyataan itu, dana itu disalurkan kepada akaun tabungan khusus masing-masing, sebagai akaun tabungan jangka masa panjang dengan kadar pulangan dan kelebihan tertentu yang ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

bayi baru lahir perak Tabung Simpanan Anak Perak TASPEN Yayasan Perak Saarani Menteri Besar Perak bayi perak bayi baru lahir perak Tabung Simpanan Anak Perak TASPEN Yayasan Perak Saarani Menteri Besar Perak bayi perak bayi baru lahir perak Tabung Simpanan Anak Perak TASPEN Yayasan Perak Saarani Menteri Besar Perak bayi perak bayi baru lahir perak Tabung Simpanan Anak Perak TASPEN Yayasan Perak Saarani Menteri Besar Perak bayi perak
Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan baucar RM200 Simpanan Pendidikan Anak Perak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. foto YAYASAN PERAK.

“Yayasan Perak telah diamanahkan untuk menguruskan bantuan ini bersama PTPTN.

“Adalah menjadi harapan kerajaan negeri melalui Yayasan Perak agar simpanan permulaan sebanyak RM200 ini terus ditambah dari masa ke semasa sehinggalah anak-anak ini mencapai usia 18 tahun.

“Sebagai contoh, dengan simpanan berjumlah RM50 sebulan atau RM600 setahun, setiap ibu-bapa akan mempunyai tabungan berjumlah hampir RM16,000, berdasarkan kadar pulangan 4 peratus setahun.

“Jumlah ini tentulah akan meningkat jika simpanan setiap bulan itu lebih tinggi dari RM50,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

bayi baru lahir perak Tabung Simpanan Anak Perak TASPEN Yayasan Perak Saarani Menteri Besar Perak bayi perak bayi baru lahir perak Tabung Simpanan Anak Perak TASPEN Yayasan Perak Saarani Menteri Besar Perak bayi perak bayi baru lahir perak Tabung Simpanan Anak Perak TASPEN Yayasan Perak Saarani Menteri Besar Perak bayi perak bayi baru lahir perak Tabung Simpanan Anak Perak TASPEN Yayasan Perak Saarani Menteri Besar Perak bayi perak
Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan baucar RM200 Simpanan Pendidikan Anak Perak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. foto YAYASAN PERAK.

Terdahulu katanya, Yayasan Perak dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini telah mengadakan majlis penyampaian baucar TASPEN kepada ibu yang baru sahaja mendapat kelahiran cahaya mata sempena tahun baharu 2024 ini, hari sama.

Katanya lagi, pada program itu Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan baucar RM200 Simpanan Pendidikan Anak Perak di Wad Bersalin, HRPB.

Menurut kenyataan itu, seramai 18 orang bayi yang lahir pada 1 Januari 2024 telah direkodkan di hospital berkenaan.

“Bagi terus mempromosikan program Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak ini ke seluruh negeri, Yayasan Perak merancang untuk mengadakan program kesedaran dari masa ke semasa di beberapa buah hospital daerah yang lain dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan hospital-hospital yang berkenaan.

“Untuk permulaan bagi tahun 2024 sebanyak RM10,000 telah disampaikan kepada anak-anak yang dilahirkan di HRPB, Ipoh,” kata kenyataan itu lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak bangunkan platform digital bagi NGO mohon peruntukan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI