MGPerak: 773 Pegawai Kerajaan Perak Naik Pangkat

1833

IPOH – Seramai 773 pegawai kakitangan Kerajaan Negeri Perak dinaikkan pangkat dari gred 11 ke gred 14 secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenaikan pangkat itu melibatkan anggaran kos RM6 juta melalui Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perak bagi Kumpulan Pelaksana.

Katanya, sebelum itu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menerima sebanyak 788 permohonan kenaikkan pangkat dari pelbagai jabatan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini