21 nelayan termasuk tekong warga asing ditahan

LUMUT – Seramai 21 nelayan warga asing termasuk tekong bersama sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di perairan Perak pada Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan operasi KM Tugau pada kedudukan 4.25 batu nautika barat laut Pulau Dua dekat sini.

nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak
Seramai 21 nelayan warga asing termasuk tekong bersama sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di perairan Perak. foto MARITM MALAYSIA.

Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan seorang tekong warga Thailand bersama 20 kru senegara serta Kemboja berumur antara 30 hingga 52 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lesen bot telah tamat tempoh, tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, tiada surat kelulusan penggunaan peralatan komunikasi dan kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Mohd Hambali, kesemua nelayan ditahan sementara bot dan hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dirampas dan seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lima nelayan asing termasuk tekong dan kru bersama dua bot nelayan tempatan kelas B, di Perairan Perak pada Sabtu. foto MARITIM MALAYSIA

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, pasukannya turut menahan lima nelayan asing termasuk tekong dan kru bersama dua bot nelayan tempatan kelas B.

Ujar beliau, mereka ditahan pada kedudukan 10.7 batu nautika barat Bagan Panchor, di Pantai Remis pada sekitar pukul 11.30 pagi.

Mohd Hambali berkata, dua bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh KM Tugau ketika melakukan rondaan rutin menerusi Op Sayong, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan Perak.

nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak nelayan asing perairan Perak Maritim Malaysia laut Perak perikanan Perak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lima nelayan asing termasuk tekong dan kru bersama dua bot nelayan tempatan kelas B, di Perairan Perak pada Sabtu. foto MARITIM MALAYSIA

“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot itu dikendalikan oleh dua tekong bersama tiga kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua tekong gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua nelayan ditahan manakala bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia menegaskan kepada komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil,” katanya lagi. -MG Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Enam nelayan Myanmar ditahan, langgar syarat sah lesen

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI