PARIT BUNTAR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merancang untuk mewujudkan geran pemadanan bagi membolehkan pesawah memiliki kilang memproses padi berskala kecil sebagai langkah mengatasi kekurangan beras putih tempatan.
Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Azulita Salim berkata, melalui geran pemadanan itu, pesawah boleh menanam dan memproses padi menggunakan mesin bernilai RM5,000 seunit.
Menurutnya, geran pemadanan itu adalah salah satu kaedah diperkenalkan kepada pesawah untuk memiliki mesin-mesin kecil yang sekurang-kurang membantu dalam mengatasi isu beras putih tempatan yang ditangani menerusi penanaman sendiri dan makan beras yang ditanam sendiri.
“Mesin memproses padi ini mempunyai bentuk kecil dengan harga minima dalam RM4,000 ke RM5,000 serta boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2.5 kilogram beras yang berkualiti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Belian Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Piandang di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Azulita berkata tiga buah kilang memproses benih padi sah akan beroperasi sepenuhnya iaitu di Kubur Panjang, Kedah: Simpang Lima, Parit Buntar serta Sungai Burung di Selangor bagi membantu untuk mengatasi kekurangan bekalan beras putih tempatan di negara ini.
jadi usaha yang kita nak laksanakan kita adalah untuk pastikan bila ladang benih ada kita hantar ke loji benih yang dimiliki oleh pesawah-pesawah oleh peladang sendiri dan hasil benih padi sah ini
“Setakat ini kita hanya ada sebuah kilang memproses benih padi di Lahar Bubu, Pulau Pinang yang sudah beroperasi kira-kira 10 tahun di Lahar Bubu di Pulau Pinang.
“Kilang itu hanya mampu memproses benih pada sah sebanyak 5,000 metrik tan bagi tempoh setahun.
“Bagaimanapun, ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan kerana kita mempunyai 240,000 pesawah yang memerlukan benih padi sah sebanyak 72,000 metrik tan setiap tahu.
“Sehubungan itu, apabila kita tambah penglibatan LPP di Kedah, Selangor dan Perak ia sekali gus dapat membantu kebajikan pesawah,” jelasnya. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Perak tambah keluasan tanaman padi untuk penuhi keperluan domestik – MB