IPOH – Laporan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar dekat sini pada 10 Januari lalu dijangka akan diperolehi dalam minggu ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, laporan tersebut melibatkan keputusan analisis dua bahan bukti iaitu molotov cocktail yang ditemui di lokasi kejadian. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak