Perak belum membuat sebarang keputusan untuk menaikkan kadar tarif air meskipun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) akan menguatkuasakan pelarasan itu pada 1 Februari ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani berkata, ini kerana kajian masih dijalankan oleh Lembaga Air Perak (LAP) terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diputuskan dalam Mesyuarat Exco.