Tinggal rumah dipenuhi sampah, najis: Dua beranak ditempatkan di institusi JKM

IPOH – Dua beranak yang tinggal di sebuah rumah yang dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Flat Taman Silibin, di sini, akan ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kadar segera.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bagi memastikan situasi dan kesihatan mereka khususnya wanita warga emas itu dapat dipantau sewajarnya oleh agensi yang bertanggungjawab.

Katanya, di samping itu JKM juga akan menempatkan sementara anak kepada wanita terbabit di Anjung Singgah yang dikelolakan Yayasan Kebajikan Negara bagi tujuan sama.

dua beranak JKM Flat Taman Silibin pangsaputi Silibin Ipoh sampah sarap najis Saarani melawat Perak Menteri Besar Perak Ipoh JKM bantuan JKM
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat bilik sebuah rumah yang didiami oleh dua beranak dalam serba daif yang dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Rumah Pangsa Taman Silibin, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Beliau juga meminta agar agensi terbabit melihat sekiranya perlu kepada bantuan sokongan lain terhadap lelaki terbabit yang dilaporkan mempunyai sejarah penyakit mental.

“Ia supaya anak itu dapat juga melihat keadaan ibunya yang dijaga baik oleh JKM, namun, anak terbabit meminta satu tempoh masa sebelum ditempatkan di situ.

“Ini kerana dia memaklumkan hendak menjaga beberapa ekor kucing di rumahnya itu. Jadi, kita tidak berkeras, sebaliknya membenarkan dia untuk tinggal sementara waktu di situ.

“Namun, saya telah minta untuk keadaan rumahya itu dibersihkan (daripada segala sampah sarap dan kekotoran), supaya ia sesuai untuk didiami, tu yang paling penting sekali,” katanya.

dua beranak JKM Flat Taman Silibin pangsaputi Silibin Ipoh sampah sarap najis Saarani melawat Perak Menteri Besar Perak Ipoh JKM bantuan JKM
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi sidang media selepas melakukan lawatan ke sebuah rumah yang didiami oleh dua beranak dalam serba daif yang dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Rumah Pangsa Taman Silibin, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat keadaan rumah yang didiami dua beranak dalam keadaan kedaifan di Flat Taman Silibin, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Pada Rabu, sebuah agensi media menyiarkan laporan berita tentang kedaifan kehidupan dua beranak apabila tinggal dalam persekitaran kediaman yang dipenuhi sampah sarap, termasuk takungan najis di Flat Taman Silibin, dekat sini.

dua beranak JKM Flat Taman Silibin pangsaputi Silibin Ipoh sampah sarap najis Saarani melawat Perak Menteri Besar Perak Ipoh JKM bantuan JKM
Kucing peliharan dua beranak ini berada di dalam rumah serba daif yang dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Rumah Pangsa Taman Silibin, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Media itu melaporkan, Erwan Dahari, 46, terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibunya Miram Kadir, 77, yang uzur di rumah yang didiami mereka sejak tujuh tahun lalu itu.

Selain tidur tanpa beralaskan tilam, bantal dan bantal, keadaan rumah yang tidak dibayar sewa itu juga dilaporkan dalam keadaan uzur apabila tampias air hujan sering memasuki rumah selain tandas yang tersumbat.

Kerajaan negeri juga dalam respons akan menyalurkan pelbagai bantuan melalui JKM termasuk bantuan bulanan berjumlah RM900, Bantuan Am Negeri (BA) RM400 dan Bantuan Warga Emas (BWE) RM500.

dua beranak JKM Flat Taman Silibin pangsaputi Silibin Ipoh sampah sarap najis Saarani melawat Perak Menteri Besar Perak Ipoh JKM bantuan JKM
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kanan) melawat sebuah rumah didiami dua beranak dalam serba daif yang dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Rumah Pangsa Taman Silibin, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Dalam pada itu Saarani berkata, kerajaan negeri akan mengadakan satu menyuarat khas bagi memastikan masalah seperti yang dihadapi dua beranak itu dapat diselesaikan dan diberi pembelaan sewajarnya.

“Jika ada keluarga yang hanya hidup atas bantuan JKM semata-mata ataupun baitulmal, namun pada masa saya harus membayar sewa rumah, sudah pasti bantuan bulanan yang diterima itu tidak mencukupi.

dua beranak JKM Flat Taman Silibin pangsaputi Silibin Ipoh sampah sarap najis Saarani melawat Perak Menteri Besar Perak Ipoh JKM bantuan JKM
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kiri) melawat sebuah rumah didiami dua beranak dalam keadaan serba daif yang dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Rumah Pangsa Taman Silibin, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

“Justeru, saya meminta untuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim mempengerusikan mesyuarat khas untuk melihat kepada soal kebajikan.

“Kita tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, namun kita percaya jika ia boleh berlaku di pangsapuri ini, sudah pasti ada juga kes sama di tempat-tempat lain,” katanya lagi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua beranak hidup daif: JKM akan kenal pasti kediaman baru – Exco Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI