Syarikat Pakistan mahu melabur di Taman Industri Halal – Saarani

IPOH – Pelabur asing mula mengintai peluang untuk terlibat dalam pembangunan Taman Industri Halal Perak atau Perak HIP di Lekir, Manjung yang dibangukan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri telah menerima kunjungan daripada sebuah syarikat dari Pakistan dengan menyatakan minat untuk melabur dalam pembangunan Perak HIP, pada minggu lalu.

syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan ucapan pada Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

“Dan delegasi dari Perak SADC akan menyertai acara antarabangsa iaitu Forum Halal Mekah pada 21 hingga 25 Januari ini di Arab Saudi.

“Ia sebagai usaha untuk kita cuba meneroka, memujuk dan meyakinkan pelabur-pelabur di Timur Tengah untuk turut melabur di Perak HIP yang dibangunkan Perak SADC itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, dan Doa Selamat Bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Perak SADC di Laman Seri Ridzuan dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak SADC, Yahanis Yahya.

syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun pada Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Difahamkan pertemuan yang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 8 Januari lalu itu melibatkan perbincangan berhubung perkara berkenaan, antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat berpangkalan di Pakistan, Leiner Pak Gelatine.

Selain itu, Saarani yang juga Pengerusi Perak SADC berkata, bermula dengan tanaman kelapa sawit, getah dan tanaman kontan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu kini sedang giat meneroka pelbagai bidang lain termasuk projek-projek berimpak tinggi.

Menurut beliau, ia juga termasuk penerokaan dalam sektor perniagaan dan perusahaan halal yang mana ia semakin mendapat sambutan besar di seluruh dunia.

syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara halal industri syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara halal industri syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara halal industri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengaminkan doa pada Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Dalam pada itu, Saarani memberitahu, Perak SADC bersama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan lawatan ke Institut Pertanian Bogor (IPB) di Indonesia pada hujung tahun lalu, sebagai usaha membangunkan sebuah akademi sekuriti makanan.

“Ia untuk kita mempelajari dan kita bawa ke sini untuk melihat bagaimana IPB telah berjaya menjadikan pertanian sebagai satu industri baru yang bukan sahaja memberi keuntungan, malah membantu mencukupkan bekalan sumber makanan.

syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara
Pengunjung yang hadir pada Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

“Justeru, kita mahu agar kita dapat menghasilkan lebih banyak sumber makanan yang berkualiti di negeri ini sebagaimana kita menyambut titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam menjadikan Negeri Perak sebagai pengeluar utama bahan makan di negara ini,” katanya lagi.

Terdahulu majlis dimulakan dengan sesi ceramah agama yang disampaikan penceramah yang juga Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin bertajuk ‘Kesyukuran Membentuk Kehidupan Sejahtera’.

syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara
Pengunjung yang hadir menunaikan solat maghrib pada Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.
syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara halal industri syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara halal industri syarikat pelabur pakistan melabur Taman Industri Halal Perak Saarani Menteri Besar Perak Perak SADC Halal industri Halal Perak negara halal industri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan sumbangan kepada wakil sekolah yang terpilih pada Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Ia kemudian diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Perak (Masjid Sultan Idris Shah II), Abd Farid Salleh.

Selain itu, majlis sama turut meraikan mantan-mantan pihak pengurusan Perak SADC yang pernah berkhidmat dalam GLC berkenaan selama lima dekad ini.

Saarani juga turut menyempurnakan sesi menyampaikan sumbangan tunai Perak SADC sebanyak RM5,000 masing-masing kepada empat sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson; Sekolah Raja Perempuan Taayah; Sekolah Izzuddin Shah serta SMK Raja Permaisuri Bainun. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak perkasa keterjaminan makanan dalam skala besar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI