Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dari rumah bot

GERIK – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari rumah bot yang dinaikinya di Tasik Temenggor di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang berusia 23 tahun masih dijalankan pasukan penyelamat.

Menurut beliau, panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik pada jam 6.20 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.56 petang.

“Laporan awal yang diterima terdapat seorang lelaki dilaporkan terjatuh dari house boat (rumah bot) di Tasik Temenggor dan operasi SAR sesang dijalankan.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama beberapa anggota da logistik dari balai berdekatan telah digerakkan selain kita memohon bantuan Unit Anjing Pengesan K9 untuk hadir ke lokasi.

“Bagaimanapun operasi ditangguhkan pada jam 8.30 malam dan akan disambung pada jam 8.00 pagi esok ekoran cuaca gelap dan keselamatan pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sabarodzi berkata, seramai 31 orang terlibat dalam operasi SAR terdiri daripada bomba, polis, polis marin, rela, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan orang awam. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI