MGPerak : 120 Tahanan Myanmar Lolos Terus Diburu, Mula Keluar Cari Bekalan Makanan Minuman

222

TAPAH – Pihak berkuasa masih memburu 120 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, setakat pagi ini seramai 10 orang daripada 130 tahanan yang lolos berjaya ditangkap pihak polis bersama agensi keselamatan yang lain.

Menurut beliau tiga daripada tahanan berkenaan ditangkap pada pagi ini di dua lokasi iaitu Masjid Jamek Ar Rahmaniah Batu Melintang dan Kampung Orang Asli Sementa di sini.

#malaysiagazetteperak #mgperak

2 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini