Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Bukit Bintang bersama Anwar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan sesi tinjauan mesra itu berlangsung selepas Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan.

Hantaran itu turut berkongsi beberapa keping gambar Sultan Ibrahim dan Anwar berjalan kaki menyusuri Bukit Bintang di sekitar laluan di hadapan Menara Genesis serta pusat beli belah Fahrenheit 88.

Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI