Aliran trafik menghala ke Lembah Klang lancar pagi ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM ketika dihubungi Bernama berkata, kesesakan hanya berlaku sepanjang dua kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Senawang ke Port Dickson akibat aliran trafik tinggi.

“Bagi laluan lain dari utara, pantai timur dan selatan menuju ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku dan gitu juga bagi laluan keluar,” katanya.

Menurut jurucakap itu trafik dijangka meningkat pada sebelah petang ini berikutan warga Lembah Klang mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya untuk mematuhi cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan untuk mengelak sebarang kesesakan teruk.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI