Anwar gesa Israel hentikan pengeboman di Gaza

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rejim Israel menghentikan segera pengeboman ke atas Gaza berikutan situasi yang meruncing di wilayah tersebut.

Beliau juga menggesa agar koridor kemanusiaan dibuka di Rafah.

Anwar berkata, adalah penting bagi Israel untuk menghentikan amalan politik perampasan serta melaksanakan gencatan senjata segera dengan Hamas dan bersikap jujur dalam mencari penyelesaian damai untuk menamatkan konflik yang sedang berlaku.

“Adalah sangat penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas akibat krisis ini.

“Sehubungan itu, kami komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan mereka yang memerlukan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau mengulas mengenai perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi menyatakan sokongan padu Malaysia terhadap rakyat Palestin. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI