Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bernam bernilai RM7 juta yang dilaksanakan di Pekan Behrang Stesen dijangka memberi kelegaan kepada penduduk yang sekian lama berdepan ancaman banjir.
KEADAAN tanah bekas lombong yang berpasir di daerah Kampar, bukan sekadar mencabar usaha penanaman pokok, malah memerlukan penyelenggaraan lebih kerap bagi memastikan tanaman yang ditanam terus hidup dan subur.
Pengiktirafan menerusi Anugerah Khas Pendidik 2026 menjadi pembakar semangat buat tokoh pendidikan Islam di Perak untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pendidikan agama di negeri ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, di sini pada Khamis.
Peningkatan penumpang antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sebanyak 16.6 peratus pada September 2026 membuka peluang kepada Perak untuk memperluas pasaran pelancongan, khususnya menerusi peningkatan kunjungan dari Singapura.
Perak melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk tiga program utama bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 negeri membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Polis Perak menumpaskan tiga sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa warga tempatan, Jepun dan China menerusi serbuan berasingan di sini dan Kampar antara 22 hingga 26 Oktober lalu.
Tiga lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam sembilan kes khianat dengan api dan simbah cat terhadap rumah mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ahlong di beberapa negeri sejak September lalu.
Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk yang tular susulan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap pelajar membuat laporan polis pada berhubung video yang memaparkan dirinya berdepan keluarga pelajar terbabit.
Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan kereta dinaiki dua wartawan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Taman Kledang Permai, Menglembu pada Ahad lalu mendakwa mengalami ‘microsleep’ sehingga menyebabkan nahas itu berlaku.