Banjir di Perak pulih, PPS terakhir ditutup

IPOH – Perkembangan situasi banjir di Perak mulai pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Taiping ditutup pada Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Matang yang dibuka pada Jumaat telah ditutup pada jam 3 petang tadi.

“Sebelum itu, PPS itu menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Dato Sagor dan Kampung Teluk Kertang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya PPS berkenaan ditutup susulan situasi banjir berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Perak di Stesen Pasang Api, Bagan Datuk menunjukkan paras waspada iaitu 1.92 meter.

Kenyataan sama turut memberitahu, dua jalan iaitu Jalan Raya Timur Barat (JRTB) menghubungkan Kupang Gerik ke Jeli dan Jalan Felda Trolak Selatan, masing-masing dibuka satu lorong akibat kejadian tanah runtuh.

Sementara Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah yang terjejas akibat banjir sebelum ini telah dibuka kepada semua kenderaan. -MG Perak

Artikel Berkaitan

Situasi banjir semakin baik, jumlah mangsa terus menurun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI