Belanjawan Perak 2027: Masjid, surau harap peruntukan ditambah, diperluas

IPOH – Penambahbaikan infrastruktur masjid dan surau penambahan peruntukan khas bagi melaksanakan pelbagai program termasuk menyantuni golongan rentan antara harapan buat penggerak institusi masjid di Perak menerusi Belanjawan Negeri 2027 yang akan dibentangkan.

Tinjauan MalaysiaGazette Perak (MG Perak) mendapati, mereka berharap agar sokongan kewangan kerajaan negeri dapat terus ditambah baik bagi memastikan masjid dan surau terus dapat memainkan peranan penting sebagai pusat ibadah dan aktiviti kemasyarakatan.

Setiausaha Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Changkat Tualang, Kampar, Shamsudin Othman, 60, berkata, pihaknya memerlukan peruntukan tambahan bagi membaik pulih bangunan masjid yang semakin uzur.

Belanjawan Perak 2027Peruntukan masjid dan surau Perak, Belanjawan Negeri Perak 2027, bantuan masjid Perak, peruntukan institusi masjid, dana pembangunan masjid dan surau 1. Peruntukan masjid Perak 2027 2. Peruntukan surau Perak 3. Elaun imam masjid Perak 4. Bantuan baik pulih masjid 5. Peruntukan Jabatan Agama Islam Perak
Setiausaha Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Changkat Tualang, Kampar, Shamsudin Othman, 60.

Katanya, masjid yang sudah berusia itu turut berdepan kekangan kewangan bagi menampung kos pengurusan serta membiayai aktiviti pengimarahan seperti pengajian agama pada setiap bulan.

“Masjid kami yang berada di luar bandar ini amat memang memerlukan penambahan peruntukan kerana keadaan bangunan sudah uzur, terutama bumbung dan cat yang perlu dibaik pulih.

“Saya berharap sekiranya ada lebihan peruntukan dalam belanjawan akan datang, kerajaan negeri dapat menyalurkannya kepada masjid yang benar-benar memerlukan, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya kepada MG Perak.

Belanjawan Perak 2027Peruntukan masjid dan surau Perak, Belanjawan Negeri Perak 2027, bantuan masjid Perak, peruntukan institusi masjid, dana pembangunan masjid dan surau 1. Peruntukan masjid Perak 2027 2. Peruntukan surau Perak 3. Elaun imam masjid Perak 4. Bantuan baik pulih masjid 5. Peruntukan Jabatan Agama Islam Perak
Imam Surau Diri Jumaat An-Nur Mambang Diawan, Kampar, Abdul Muin Manas, 64.

Sementara itu, Imam Surau Diri Jumaat (SDJ) An-Nur Mambang Diawan, Kampar, Abdul Muin Manas, 64, berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan cadangan peluasan elaun kepada imam SDJ seperti yang diterima imam masjid.

Kata beliau, imam SDJ turut memikul tanggungjawab menguruskan hal ehwal ibadah dan masyarakat setempat, namun ketiadaan elaun menjadi antara perkara yang diharapkan dapat diberi perhatian.

“Kalau boleh, elaun imam SDJ disamakan seperti imam masjid kerana tugas dan peranan kami juga sama dalam membimbing masyarakat.

“Walaupun aktiviti di SDJ mungkin tidak sebanyak masjid, kami juga menjalankan tanggungjawab kepada jemaah dan berharap ada peruntukan khusus untuk golongan imam SDJ di seluruh negeri,” ujarnya.

Imam Masjid Jamek An-Nuhiah Kampung Ribu, Enggor, Kuala Kangsar, Shamsul Azmi Jamahari, 58,

Dalam pada itu, Imam Masjid Jamek An-Nuhiah Kampung Ribu, Enggor, Kuala Kangsar, Shamsul Azmi Jamahari, 58, mencadangkan supaya kadar elaun imam masjid di seluruh negeri dapat dinaikkan bersesuaian dengan tanggungjawab semasa.

Beliau berkata, tugas seorang imam bukan sekadar mengendalikan solat berjemaah harian, sebaliknya turut melibatkan pelbagai urusan masyarakat yang memerlukan komitmen masa dan tenaga.

“Sewajarnya elaun imam dapat dinaikkan kerana lazimnya imam perlu meluangkan masa lebih banyak untuk masyarakat berbanding masanya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Jawatankuasa Masjid Al-Mukhlisin Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, Madzli Mustappa, 59, berkata, masjid berkenaan kini dalam keadaan daif dan sedang mengumpulkan dana bagi pembinaan bangunan baharu untuk menampung kira-kira 300 jemaah.

Beliau berkata, pembinaan semula itu turut mengambil kira keperluan menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang lebih mesra orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Penolong Setiausaha Jawatankuasa Masjid Al-Mukhlisin Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, Madzli Mustappa, 59,

“Kemudahan untuk OKU dan warga emas sangat penting kerana keadaan seperti masjid kami sekarang menyukarkan mereka untuk naik ke ruang solat utama.

“Oleh itu, kami juga berharap kerajaan negeri dapat menyediakan peruntukan bersesuaian bagi membolehkan lebih banyak program menyantuni golongan autisme dan OKU dilaksanakan di masjid,” katanya.

Menurut Madzli, pihaknya turut menubuhkan kelab bagi menyantuni rentan itu termasuk individu autisme, sekali gus memerlukan sokongan kewangan untuk memperluas aktiviti berkenaan.

Pada Belanjawan Perak 2026, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM130.8 juta kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan RM123.9 juta bagi perkara termasuk pengurusan masjid.

Perak juga meneruskan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi tujuan baik pulih dan bina baharu masjid dan surau, dengan RM5 juta bagi program menaik taraf institusi pendidikan Islam. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2026: Elaun Guru KAFA dinaikkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI