Operator kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven Malaysia) menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi program latihan pra-pekerjaan ‘Return To Work’ atau Kembali Bekerja (RTW) kepada orang berinsurans (OB).
Barisan Nasional (BN) Perak sudah menyusun gerak kerja dan menggerakkan jentera parti bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung secara berasingan bermula penghujung Jun hingga awal Ogos depan.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak mengiktiraf kad perakuan nikah yang dikeluarkan atas nama Persatuan Ulama Masyarakat Rohingya Malaysia dari sudut perundangan negara.
Penganjuran kejohanan World Triathlon Development Regional Cup dan Asian Triathlon Youth Cup Kampar 2026 terus mengangkat daerah ini sebagai destinasi pelancongan sukan apabila berjaya menarik penyertaan 500 atlet dari 34 negara termasuk Malaysia.
Program ‘Ipoh Bandar Muzik: Bulan Muzik’ menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 orang pengunjung dari dalam dan luar negara menerusi pelbagai acara yang berlangsung sepanjang Julai hingga pertengahan Ogos depan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap etnik Rohingya bagi mengelakkan perlanggaran undang-undang atau mencetuskan ketegangan.
Semua pelajar di bawah institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menebus pemberian Baucar Buku MADANI bernilai RM100 bagi setiap seorang bermula Julai depan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan kewujudan sebuah sekolah untuk etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu.
Polis telah merakamkan keterangan 36 individu berhubung kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat selepas dua minggu hilang di Gunung Batu Putih.
Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai membunuh teman lelaki bekas kekasihnya serta merogol wanita terbabit dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Trans Perak dekat Kampung Gajah pada Rabu lalu kurang 24 jam selepas kejadian.