Masalah kekurangan tempat letak kereta (TLK) di Hospital Seri Manjung bakal ditangani menerusi penstrukturan semula kemudahan parkir kepada 1,310 lot berbanding 650 lot ketika ini.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan kelulusan cadangan pelaksaan Pengurusan Parkir TLK (tempat letak kereta) secara penyumberluaran (outsourcing) di hospital berkenaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #tempatletakkereta #KKM #HospitalSeriManjung





