DAP menegaskan komitmen untuk menolak politik usang yang berasaskan persepsi dan sentimen, sebaliknya memberi tumpuan kepada pendekatan politik baharu yang membina serta berteraskan kepentingan rakyat dan pembangunan negara.
Dewan Belia Perak terus memperluas jaringan kepimpinan anak muda menerusi pelbagai program yang memberi pendedahan kepada pemimpin belia mengenai isu semasa serta cabaran yang dihadapi generasi muda.
Jabatan Perikanan Negeri Perak merancang mewujudkan pusat konservasi ikan loma di Tasik Temenggor sebagai usaha memulihkan semula populasi spesies berkenaan serta menjamin bekalan masa hadapan.
Dewan Belia Perak perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan anak muda negeri ini bersedia merebut peluang pekerjaan dan perniagaan yang bakal terhasil daripada pertumbuhan ekonomi serta pelaburan baharu.
Sokongan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional (BN) di Tapah kekal kukuh ekoran hubungan dua hala antara kedua-dua pihak menjadi asas kepada kesetiaan berkenaan.
Cadangan mewujudkan sistem tagal ikan di Kampar bukan sahaja berpotensi menjadi tarikan baharu pelancongan malah mampu merancakkan lagi usaha pemuliharaan ekosistem sungai di daerah ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengingatkan warga pendidik yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) mengekalkan kecemerlangan serta menjadi contoh kepada guru lain.
Program Komuniti ke Arah Penuaan Sihat dan Bermaruah ‘Golden Years, Greater Lives’ anjuran Klinik Kesihatan (KK) Buntong, di sini hari ini, memberi penekanan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan warga emas seiring peningkatan populasi golongan berkenaan di Perak.
Kerajaan Negeri Perak masih tegas dengan keputusan untuk menghentikan penjualan rokok elektronik atau vape, walaupun berdepan cabaran undang-undang daripada sebuah persatuan vape dan sebuah syarikat baru-baru ini.
Pengusaha sebuah ladang penternakan babi di Kampung Perlop 1, Sungai Siput didapati menjalankan kerja-kerja perataan tanah yang didakwa bertujuan untuk melebarkan kawasan ladang, meskipun Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) masih belum diluluskan.